Sayur merupakan makanan yang paling berkhasiat untuk tubuh badan kita. Selain itu, sayur-sayuran menjadi topik hangat dan sering dibicarakan, terutama dari segi kesihatan dan cara pengambilannya.
Secara umumnya ramai di antara kita kurang gemar mengambil sayuran terutama sekali kanak-kanak. Ibu bapa pasti mati akal untuk memastikan anak-anak mereka mengambil makanan berkhasiat ini. Jika dari kecil kita tidak mengajar mereka untuk makan makanan berkhasiat ini, kelak pasti mereka mudah mendapat penyakit.
Antara penyebab kanak-kanak kurang kesedaran untuk makan sayur ialah cara masakan, pemilihan jenis sayuran, penyediaan sayur tidak kreatif, dan ibu bapa menggunakan pendekatan memaksa anak makan sayur.
Berikut aku kongsikan beberapa tips agar anak-anak suka dengan sayur :
1) Makan sayur bersama-sama anak
Untuk memastikan anak makan sayur, ibu bapa juga harus suka dengan sayur-sayuran. Di sini ibu bapa perlu bijak untuk memujuk dan menarik perhatian mereka supaya makan bersama.
2) Memberi peneguhan positif
Apabila anak-anak berjaya makan sayur, ibu bapa perlu memberi sedikit peneguhan seperti token untuk memberi mereka gembira. Antara peneguhan yang boleh diberi ialah pujian dan hadiah.
3) Jangan memberi hukuman
Kesilapan ibu bapa yang sering memarahi anak apabila mereka tidak makan sayur patut dibuang. Ini akan menyebabkan menjadi trauma dan boleh juga menghilangkan seleranya terhadap sayur sepenuhnya.
4) Olah hidangan sayur dengan kreatif
Kanak-kanak sangat sukakan sesuatu yang menarik seperti kartun. Jadi ibu bapa perlu kreatif untuk mengolah susunan dan hidangan sayur supaya dapat menarik minat mereka.
5) Campur sayur dengan bahan lain
Ibu bapa juga boleh mempelbagaikan kaedah masakan sayur contohnya membuat cucur sayuran bercampur dengan pelbagai inti seperti ayam, sosej dan sebagainya. Bubur atau pun jus juga bagus agar anak anda boleh menikmatinya.
Leave a Reply