• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / Tips Berbelanja di Bazar Ramadan

Tips Berbelanja di Bazar Ramadan

8 May 2019 by izazaya Leave a Comment

Bazar Ramadan hanya datang sekali sahaja setahun. Tidak hairanlah bazar Ramadan akan menjadi tumpuan umum lapisan masyarakat, tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Kedatangan mereka sekadar mendapatkan makanan yang beraneka jenis yang sebahagian darinya hanya dijual pada bulan Ramadan saja.

Kemeriahan bazar Ramadan bermula dari jam 4 petang di mana peniaga akan menyiapkan makanan dan minuman yang ingin dijual. Waktu puncak atau paling ramai adalah lingkungan jam 5.30 hingga 6.00 petang. Waktu ini pasti akan berlaga bahu dan terdengar tempikan daripada peniaga.

Para peniaga akan sedaya upaya untuk menarik perhatian pelangan untuk membeli jualan mereka kerana inilah masanya mereka untuk mendapat keuntungan bermusim sepanjang bulan Ramadan. Dan kebanyakan pembeli akan menjadi rambang mata apabila melihat pelbagai juadah berbuka yang lazat dan enak.

Namun begitu, sikap keterujaan yang membuak-buak untuk memenuhi kehendak berbuka akan menyebabkan mudarat kepada diri sendiri, samada dari segi kewangan dan kesihatan. Pembaziran juga akan berlaku jika terlalu mengikut hawa nafsu untuk membeli.

Jom aku kongsikan sedikit tips untuk korang membeli-belah di bazar Ramadan. 

1) Fokus 

Korang perlu fikirkan menu sebelum sampai ke bazar. Apabila sampai di bazar, fokus pada menu yang telah difikirkan sahaja.

2) Membuat senarai

Cara terbaik ialah membuat senarai makanan atau minuman yang hendak dibeli. Cara ini akan mengelakkan korang daripada pembaziran.

3) Tetap bajet

Korang perlu tetapkan bajet untuk ke bazar Ramadan. Bagi aku, kos paling tinggi pun antara RM10 hingga RM15 sahaja sehari.

4) Makanan berkhasiat

Cari makanan dan minuman yang berkhasiat dan kurangkan makanan yang berminyak, manis, masin dan berlemak.

5) Kebersihan

Paling utama korang cari gerai yang mengamalkan aspek kebersihan. Sangat penting supaya korang tak dijangkiti penyakit atau keracunan makanan.

Jom kita mulakan langkah pertama dengan berbelanja secara berhemah.

Semoga panduan di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Artikel menarik untuk anda:

Menu Sihat Berbuka Puasa

Menu Sihat Berbuka Puasa

Seharian berpuasa akan membuatkan kita menjadi lemah ditambah pula dengan perut yang lapar dan dahaga. Mulalah kita terfikir macam-macam tentang hidangan untuk…... Baca selanjutnya »

Ponteng Puasa

Ponteng Puasa

Ponteng puasa. Situasi ini bukan sahaja dilakukan oleh kanak-kanak, malahan orang dewasa juga turut rasa tidak bersalah melakukan perbuatan memalukan ini. Apa…... Baca selanjutnya »

GEDUNG IKEA

GEDUNG IKEA

Ikea terkenal dengan barang perabot yang elegen dan kontemporari. Sekiranya anda tiba di sini, pasti anda terpana dengan susunan perabot …... Baca selanjutnya »

TRADISI RAMADAN

TRADISI RAMADAN

Bulan puasa sudah memasuki hari kesembilan. Umat Islam di Malaysia kini dalam hujung fasa pertama bulan Ramadan di mana dipanggil fasa…... Baca selanjutnya »

Tips Untuk Anak Sukakan Sayur

Tips Untuk Anak Sukakan Sayur

Sayur merupakan makanan yang paling berkhasiat untuk tubuh badan kita. Selain itu, sayur-sayuran menjadi topik hangat dan sering dibicarakan, terutama dari segi…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « Menu Sihat Berbuka Puasa
Next Post: MINUM AIR KETIKA PUASA »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme