• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / SELIPAR HILANG LAGI

SELIPAR HILANG LAGI

27 May 2019 by izazaya Leave a Comment

Bagaimana agaknya perasaan anda kalau alas kaki atau selipar anda hilang? Lebih-lebih lagi jika hilang di rumah Allah. Sudah pasti akan menyuntik amarah dan rasa geram yang tidak berkesudahan pada si polan yang mengambilnya. Perasaan juga akan berterusan membentak tanpa ambil peduli barangkali mereka yang mengambil atau terambil hak kita berada dalam terdesak.

Dalam tempoh tiga bulan ini aku sudah kehilangan dua pasang selipar di surau. Serius memang terdetik dalam hati perasaan menyumpah pada orang yang mengambilnya. Tapi memandangkan hilangnya itu di rumah Allah, aku yakin pastinya ada hikmah disebalik kejadiaan itu.

Kehilangan selipar ini mengingatkan aku pada peristiwa lampau. Ketika itu aku dan beberapa orang rakan aku pergi berpusu-pusu ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan negara menentang Singapura. Pada ketika itu, kami semua hanya berjalan kaki sahaja dari rumah menuju ke stadium memandangkan jarak yang tidaklah berapa jauh dari rumah kami.

Belum sempat aku sampai ke pintu stadium, tapak kasut yang aku pakai tercabut. Memang malu la aku kalau nak berkaki ayam saja. Buntu aku nak cari kedai kasut di stadium dan tiada satu keadai pun yang menjual kasut. Kebanyakannya menjual pakaian sahaja.

Kebetulan setibanya di kawasan pintu stadium terdapat surau. Aku tak fikir panjang dan terus menunaikan solat asar ketika itu. Usai solat, aku melihat banyak kasut dan selipar di luar surau itu. Mungkin milik orang yang singgah solat di surau itu. Bisikan syaitan membuatkan aku tidak memikir panjang dan terus menyarung sepasang kasut di surau itu. Betul orang kata buat baik dibalas baik dan buat jahat dibals jahat. Walaupun balasan itu aku tak dapat on the spot, Allah balasnya kemudian. Inilah hukum karma seperti mana tajuk lagu kumpulan Wings.

Apa yang nak aku simpulkan di sini ialah, walaupun terdesak macam mana pun janganlah sampai melakukan perbuatan mencuri. Walaupun terdesak macam mana sekalipun, pasti akan ada jalan yang terbaik dan ada hikmahNya. Cepat-cepatlah muhasabah diri dan mohon maaf. Anggap apa yang berlaku pasti akan ada kemanisannya selepas itu.

Artikel menarik untuk anda:

Ajaibnya Sukan Bola Sepak

Ajaibnya Sukan Bola Sepak

Sukan bola sepak merupakan satu sukan paling diminati bukan sahaja di Malaysia, malahan di serata dunia. Selain itu, sukan…... Baca selanjutnya »

MINUM AIR KETIKA PUASA

MINUM AIR KETIKA PUASA

Air sangat penting untuk tubuh badan kita. Lebih kurang 70% badan kita dipenuhi oleh air atau cecair. Ini bermaksud air merupakan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « Gunakanlah Saya
Next Post: Ponteng Puasa »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme