• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / SEDAPNYA COKLAT

SEDAPNYA COKLAT

7 April 2019 by izazaya Leave a Comment

Baru-baru ni aku pulang dari sebuah negara yang terkenal dengan sejarah coklat. Di sini, korang boleh dapatkan pelbagai jenis coklat dengan harga dan rasa yang berbeza-beza. Aku yang hantu coklat ni memang teruja habis bila masuk ke dalam kedai melihat susunan coklat dan bentuk-bentuk coklat yang sungguh mengujakan.

Semua maklum coklat biasanya dimakan oleh golongan kanak-kanak. Apabila mereka mengambil dengan kuantiti yang banyak natijahnya akan merosakkan gigi pada usia awal lagi. Pada aku, coklat ni bukan sahaja untuk golongan kanak-kanak, bahkan ada juga golongan dewasa yang mengemari coklat. Maka tidak hairanlah aku menghabiskan hampir RM500 untuk mendapatkan coklat yang dikatakan mempunyai rasa paling lazat di dunia. Dah alang-alang datang ke Belgium tidak sah kalau tak beli cenderahati coklat di sini.

Syoknya borong coklat

Coklat merupakan nama sebuah makanan yang diolah daripada biji koko. Umumnya coklat diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin sehinggalah juga kepada pernyataan cinta. Pada pendahuluannya, coklat tidak bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

KEISTIMEWAAN COKLAT
Apa yang best sangat coklat ni sampai boleh memberi banyak manfaat pada kita?

1) Boleh mengurangkan serangan strok.
Kajian di Sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah. So, ini berita baik untuk korang.
2) Meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Untuk yang menghidap penyakit jantung, coklat mampu bertindak melawan peradangan kerana coklat mengandungi bahan bioaktif untuk memberi khasiat yang diperlukan oleh seseorang individu.
3) Mencantikkan dan melindungi kulit
Coklat gelap sebenarnya baik untuk kulit kita. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari.
4) Coklat memberikan anda mood yang baik.
Ini yang selalu aku amalkan. Jika aku stress, maka coklat mampu mengurangkan stress aku.
Tidak dapat dinafikan, nikmat kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Jadi, korang boleh cuba jika berasa Stress.
5) Membuat cepat kenyang.
Oleh kerana coklat kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. Kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.

BERHATI-HATI MEMILIH COKLAT
Disebabkan permintaan yang tinggi, banyak coklat dihasilkan di pasaran. Anda perlu berhati-hati memilih coklat yang mempunyai kandungan terbaik untuk tubuh badan anda.
Sebelum ini kita digemparkan dengan coklat terkenal yang mempunyai kandungan tidak halal. Jadi, rajin-rajinlah baca ramuan dan buat research sebelum membeli.

Di samping itu, coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan tambahan lain seperti gula, butter yang meningkatkan jumlah kalori. Pastikan sebelum anda membeli coklat di kedai, kandungan coklat yang terkandung adalah 70% atau lebih.

Kesimpulannya, coklat memang menyihatkan kita, cuma korang perlu fikirkan juga, jika berlebihan, pengambilan coklat akan juga akan menyebabkan kencing manis dan obesiti.

Jadi, makan coklat secara terkawal ya!

Artikel menarik untuk anda:

MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

Keluarga merupakan orang paling hampir dan rapat dengan kita. Tanpa mereka, kita akan terasa sunyi. Dengan adanya keluarga, kehidupan kita …... Baca selanjutnya »

Tidur Optimum

Tidur Optimum

Tidur!!Semua orang pasti menunggu saat tidur tatkala badan berasa letih dan tidak sihat. Tidur merupakan keadaan di mana…... Baca selanjutnya »

Menu Ringkas Bersahur

Menu Ringkas Bersahur

Amalan bersahur merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW yang perlu kita amalkan terutamnya bagi kita yang hendak berpuasa di bulan Ramadan. Walaupun hukum…... Baca selanjutnya »

KALORI ROTI CANAI

KALORI ROTI CANAI

Roti canai merupakan menu utama rakyat Malaysia. Ianya juga menjadi kegemaran ramai yang singgah ke kedai atau restoran. Korang boleh lihat pada…... Baca selanjutnya »

Menu Sihat Berbuka Puasa

Menu Sihat Berbuka Puasa

Seharian berpuasa akan membuatkan kita menjadi lemah ditambah pula dengan perut yang lapar dan dahaga. Mulalah kita terfikir macam-macam tentang hidangan untuk…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « ADUHAI JET LAG
Next Post: PAKAIAN PUTIH »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme