Kaum lelaki dan perempuan telah dijadikan oleh Tuhan untuk bersama. Lelaki memerlukan wanita dan begitulah sebaliknya. Pada awal percintaan, pasti semuanya indah belaka. Kalau bergaduh, tak sampai 30 minit baik la semula. Ini pengalaman aku lah masa bercinta dulu.
Situasi ini akan berubah apabila berumah tangga. Terutamanya apabila anak dah ramai. Ada sahaja yang tak kena. Aku tak cakap semua pasangan ada masalah rumah tangga. Tapi majoritinya akan alami walaupun tidak serius. Kita tak lari daripada melakukan kekhilafan. Bergantung pada diri kita untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Orang lelaki dengan egonya. Dan perempuan pula dengan egonya. Masing-masing ingin menegakkan benang yang basah. Tapi orang kata, sekali sekala kena gaduh juga. Baru la syok. Hihihi..
Orang perempuan ni bila merajuk muka pasti bertukar seperti singa terutamnya bini aku. Kena pulak bila mood diorang tak baik. Semua benda nak buat pasti tak jadi. Si suami bila dah tau bini merajuk, pasti menggunakan pelbagai cara untuk memujuk semula isteri mereka.
Apabila berlaku pertengkaran, rajuk si isteri akan menjadi-jadi apabila kesilapan itu berpunca daripada suami. Lebih serius lagi apabila si suami tidak memujuk dan membiarkan sahaja si isteri merajuk. Dan si isteri pula dengan pendiriannya dan tidak mahu mengalah.
Si suami kena tahu bahawa mereka merupakan ketua keluarga. Jadi, suami tidak patut membiarkan isteri begitu sahaja tanpa memujuknya untuk mengelakakkan perkara yang tidak diingii terjadi. Suami perlu mengalah dan memujuk dengan hati yang ikhlas. Banyak pengorbanan si isteri kepada keluarga seperti melahirkan anak, menyusukan anak, menjaga anak, mengemas, memasak dan banyak lagi.
Oleh itu, suami perlu merenung semula kenangan dan segala pengorbanan si isteri supaya hubungan menjadi lebih akrab serta rumah tangga diberkati. Belajarlah sayangi dan hargai isteri. Biarlah orang nak kata queen control atau takut bini. Yang penting rumah tangga kita harmoni. Allah jadikan lelaki untuk memahami, melindungi dan menyayangi isteri.
Jom sayangi isteri !!
Leave a Reply