• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / Raya Dulu dan Sekarang

Raya Dulu dan Sekarang

3 June 2019 by izazaya Leave a Comment

Tarikh Hari Raya Puasa 2019 telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada 5 Jun 2019 bersamaan dengan 1 Syawal 1440 Hijrah. Pengumuman telah disiarkan secara langsung di kaca televisyen dan corong radio pada sekitar jam 8 malam 3 Jun 2019.

Pengumuman hari raya ini merupakan satu saat yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di negara kita. Ketika aku kecil dahulu, kami adik-beradik pasti berkumpul di kaca televisyen untuk menantikan pengumuman ini. Rasa berdebar dan seronok jika mengetahui tarikh hari raya itu.

Setelah sebulan berpuasa, kini tiba masa untuk kita berseronok dan meraikannya dengan penuh riang. Bagi kanak-kanak, mereka sudah pasti menunggu saat untuk pergi beraya di rumah kawan-kawan dan jiran tetangga dengan matlamat untuk mengumpul duit raya.

Terkenang sejenang aku zaman raya dahulu di mana banyak pengalaman yang sangat indah dan menyeronokkan. Ternyata hari raya kanak-kanak zaman dulu memang berbeza dan ternyata lebih menyeronokkan.

Kelainan sambutan hari raya dahulu dan sekarang

Kad Raya

Dulu kita akan meminta alamat rakan-rakan untuk menghantar kad raya. Apabila di sekolah, masing-masing bertukar-tukar alamat rumah semata-mata nak kumpul kad raya. Siap ada yang berlawan siapa dapat kad raya paling banyak. Kini, kita hanya wish dalam handphone sahaja.

Lagu Raya

Jika sebut pasal lagu raya dahulu, sudah pasti ianya tersemat dalam ingatan kita. Dan apa yang paling seronok, lagu raya dahulu sangat menusuk kalbu walaupun telah didegari berkali-kali. Berbeza dengan lagu di zaman sekarang yang tiada soul.

Mercun

Bermain mercun merupakan suatu yang sangat dinantikan oleh kanak-kanak. Dulu, perang meriam biasa diadakan terutamanya di kampung. Bukan kanak-kanak saja, orang dewasa pun turut serta sekali. Perang meriam buluh ni selalunya bermula masa awal Ramadan lagi, lepas tu berlanjut sehingga ke Hari Raya.

Pelita

Apabila tiba Ramadan, rumah atau kampung pasti akan diserikan dengan nyalaan pelita. Zaman sekarang ada lampu lip lap. Halaman rumah kampung yang besar mesti akan dikelilingi dengan lampu pelita di setiap penjuru dan laluan. Memang cantik!

Artikel menarik untuk anda:

Pengalaman Hari Raya

Pengalaman Hari Raya

Setiap orang mempunyai pengalaman berhari raya sama ada di desa mahupun di bandar. Jika orang yang berkahwin, konsep giliran pasti digunakan sekiranya…... Baca selanjutnya »

Persiapan Raya

Persiapan Raya

Tidak lama lagi Hari raya bakal menjelma. Ramai orang mengambil kesempatan di cuti sekolah dan hari minggu untuk membuat persiapan Hari Raya. ... Baca selanjutnya »

MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

Keluarga merupakan orang paling hampir dan rapat dengan kita. Tanpa mereka, kita akan terasa sunyi. Dengan adanya keluarga, kehidupan kita …... Baca selanjutnya »

Lemang

Lemang

Lemang merupakan antara hidangan wajib apabila tibanya Syawal. Apa maknanya Hari Raya jika tiada lemang. Kebiasaanya lemang dimakan bersama rendang, serunding dan…... Baca selanjutnya »

MENGEMAS RUMAH

MENGEMAS RUMAH

Rumah yang kemas menjadi impian setiap orang. Ianya bukan sahaja membuatkan setiap penghuni berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « Pulang Ke Kampung
Next Post: Pengalaman Hari Raya »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme