• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / RAMBUT IALAH MAHKOTA

RAMBUT IALAH MAHKOTA

13 April 2019 by izazaya Leave a Comment

Rambut merupakan mahkota bagi setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita. Bagi aku, rambut yang disisir rapi dan kemas menunjukkan perwatakan individu yang pembersih dan menjaga penampilan. Ramai sanggup melabur wang dengan jumlah besar semata-mata untuk membeli produk-produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salon tetapi masih ada lagi yang tidak dapat menyelesaikan masalah rambut mereka.

Di samping itu, rambut juga ialah aset yang penting. Apabila kita bangun dari tidur misalnya, kebanyakan kita terus ke bilik air dan akan melihat ke cermin. Dalam asyik menggosok gigi, pasti kita melihat keadaan rambut yang kusut dan tidak terurus. Cuba anda bayangkan jika anda terus ke pejabat atau dikhalayak ramai dengan keadaan rambut seperti itu? Pasti anda malu bukan? Berbeza dengan yang tidak mempunyai rambut atau dikenali dengan botak. Orang botak mungkin tidak perlu menyapu minyak rambut dan tak perlu menggayakan rambut.

Sebagai seorang lelaki, jarang bagi aku untuk pergi ke salon untuk membuat terapi dan rawatan rambut. Setahun sekali pun kira mujur la kalau aku pergi. Namun, aku percaya golongan wanita menjadikan rambut sebagai suatu aset yang perlu dijaga waima mereka memakai tudung. Aku pernah sekali ke salon untuk membuat treatment kononnya nak bagi rambut lembut. Jangkaan aku meleset kerana selepas 2 hari rambut aku kembali ke bentuk asal iaitu rambut menggembang. Kos treatment pon boleh tahan juga harganya.

Penjagaan rambut sangat penting untuk menggelakkan kesan dan masalah seperti kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah. Jika masalah ini terjadi, keyakinan diri seseorang akan menurun. Mungkin kita tidak disenangi atau kurang mendapat perhatian daripada orang sekeliling kita. Dan masalah yang paling parah jika rambut mempunyai kutu. Kutu boleh berjangkit ke orang yang lain. Secara tak langsung, hubungan kita dengan orang lain akan renggang.

CARA-CARA MENANGANI MASALAH RAMBUT
1) Kelemumur (dandruff)
Masalah ini biasa berlaku pada setiap orang dan punca berlakunya kelemumur masih tidak diketahui. Namun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus). Oleh itu, korang perlulah mencari dan menggunakan asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.

Kelemumur (dandruff)

2) Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)
Banyak sebab berlakunya masalah ini antaranya korang selalu meluruskan , mengerintingkan dan mewarnakan rambut. Selain itu, penggunaan sikat yang tidak sesuai juga antara punca. Jadi, penyelesaiannya ialah menggunakan syampu dan perapi yang sesuai, elakkan menyikat rambut ketika basah, kurangkan penggunaan hair dryer dan mendapat khidmat nasihat dari yang pakar.

Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)

3) Rambut gugur (hair loss)
Masalah ini paling kerap berlaku dikalangan kaum wanita. Lagi menjadi masalah jika rambut yang gugur ini tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak. Kebiasaannya, setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan akan diganti dengan rambut baru. Sekiranya masalah masih berlarutan, anda perlu mendapatkan khidmat pakar dengan segera.

Rambut gugur (hair loss)

Artikel menarik untuk anda:

KAWAN YANG POSITIF

KAWAN YANG POSITIF

Kejayaan seseorang bergantung pada banyak faktor. Antaranya kerja keras, tidak putus asa, sentiasa memperbaiki diri, bersabar dan banyak lagi. Selain itu, salah…... Baca selanjutnya »

KALORI ROTI CANAI

KALORI ROTI CANAI

Roti canai merupakan menu utama rakyat Malaysia. Ianya juga menjadi kegemaran ramai yang singgah ke kedai atau restoran. Korang boleh lihat pada…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « PAKAIAN PUTIH
Next Post: Penggunaan Kata Sendi DARI dan DARIPADA »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme