• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem

5 May 2019 by izazaya Leave a Comment

Bulan Ramadhan antara bulan yang paling ditunggu oleh umat Islam. Pada bulan ni lah kita berlumba-lumba untuk menambah amal ibadah seperti solat sunat, mengaji, bersedekah, infaq dan sebagainya.

Pada bulan yang mulia ini, pintu syurga dibuka dengan seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup. Pastinya Allah menjanjikan kita pahala berlipat kali ganda bagi mereka yang memanfaat sepenuhnya bulan Ramadhan ini.

Pastinya pada bulan Ramadhan ini kita akan mengawal segala nafsu dan tingkah laku daripada perkara yang tidak baik. Sebagai mukmin yang bertaqwa, kita perlu banyak bersabar serta menghormati bulan yang mulia ini. 

Dengan cuaca yang panas ketika ini, pastinya banyak ujian yang memerlukan anda mengawal emosi. Telatah anak-anak kecil kadang kala menaikkan amarah kita. Banyak ingatkan Allah serta nasihat mereka dengan sebaik mungkin.

Anak-anak kecil sememangnya belum mengerti bulan puasa ini. Jangan terlalu mendesak mereka untuk berpuasa. Untuk permulaan anda boleh ajar cara menghormati orang berpuasa. Contohnya tidak makan minum di hadapan orang berpuasa.

Ayuh!! Marilah kita tingkatkan amal ibadah di bulan Ramadhan ini. Gunakanlah nikmat sihat yang Allah kurniakan ini sebaiknya. Marilah kita sama-sama menghayati Ramadhan agar ianya benar-benar menepati kehendak Allah dan RasulNya  dan terhindar dari kehendak nafsu dan Syaitan. 

Pesanan untuk diri aku, ahli keluarga dan semua. Ramadhan Kareem.

Artikel menarik untuk anda:

Ponteng Puasa

Ponteng Puasa

Ponteng puasa. Situasi ini bukan sahaja dilakukan oleh kanak-kanak, malahan orang dewasa juga turut rasa tidak bersalah melakukan perbuatan memalukan ini. Apa…... Baca selanjutnya »

Ajar anak berpuasa

Ajar anak berpuasa

Pejam celik pejam celik dan masuk hari ke hari 11 kita berpuasa. Kita semua dalam fasa keampunan. Perbanyakanlah meminta maaf dan ampun…... Baca selanjutnya »

SELIPAR HILANG LAGI

SELIPAR HILANG LAGI

Bagaimana agaknya perasaan anda kalau alas kaki atau selipar anda hilang? Lebih-lebih lagi jika hilang di rumah Allah. Sudah pasti akan…... Baca selanjutnya »

MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

Keluarga merupakan orang paling hampir dan rapat dengan kita. Tanpa mereka, kita akan terasa sunyi. Dengan adanya keluarga, kehidupan kita …... Baca selanjutnya »

MENGEMAS RUMAH

MENGEMAS RUMAH

Rumah yang kemas menjadi impian setiap orang. Ianya bukan sahaja membuatkan setiap penghuni berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « National Geographic
Next Post: Menu Ringkas Bersahur »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme