• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / PUNCA KELETIHAN

PUNCA KELETIHAN

27 April 2019 by izazaya Leave a Comment

Kesibukan seharian mencari nafkah akan membuatkan anda berasa keletihan. Ditambah pula dengan tekanan tempat kerja serta desakan daripada big boss secara tak langsung mengganggu emosi dan mood untuk bekerja.

Kadang kala, anda juga akan mengalami rasa letih meskipun baru sahaja bangun dari tidur. Sedangkan anda masuk bilik awal malam tadi dan tidur dengan lena. Natijahnya, pasti kerja tidak teratur dan tidak dapat fokus.

APAKAH PUNCA BADAN KELETIHAN

1) Kurang minum air masak

Air masak atau air biasa sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Kajian menunjukkan kita memerlukan minum 1 liter air untuk setiap berat badan 22.7kg. Apabila badan kurang air, darah menjadi pekat menyebabkan perjalanannya ke seluruh badan menjadi lambat, dalam masa yang sama, jantung juga berdegup lambat seperti biasa menjejaskan pengaliran oksigen dan nutrisi ke otot serta organ badan. Itu yang menyebabkan badan letih dan lesu kerana kurang oksigen dan nutrisi yang diperlukan.

2) TIDAK/LEWAT SARAPAN

Sarapan sangat penting untuk memberikan anda tenaga pada awal pagi. Kebanyakan daripada kita tidak mengurus sarapan dengan baik dek kerana sibuk dengan urusan kerja. Sebenarnya anda perlu makan selepas sejam bangun tidur. Apabila tiada makanan dalam badan, maka menjadi punca badan letih dan mengantuk kerana kekurangan tenaga.

3) KURANG PENGAMBILAN ZAT BESI

Pemakanan zat besi sangat diperlukan oleh tubun badan untuk menyokong serta memberi tubuh badan yang ideal. Pemakanan seperti kacang, telur, tofu, sayur-sayuran hijau gelap, kacang lepa dan makanan tinggi vitamin C perlu sentiasa kita amalkan.

4) BANYAK MAKAN ‘JUNK FOOD’

Badan menjadi letih disebabkan tabiat kita yang suka makan makanan junk food. Kandungan gula dan garam yang banyak antara faktor penyebab badan lesu.

5) MINUM MINUMAN BERKAFEIN SEPANJANG HARI

Tabiat minum minuman berkafein seperti kopi juga antara faktor badan keletihan. Rakyat kita gemar mengambil minuman ini apabila waktu malam. Dan ini akan menjejaskan waktu tidur anda. Jika anda ingin minum kopi, pastikan anda minum kopi enam jam sebelum waktu tidur kerana anda mungkin tidak boleh tidur.

Secara kesimpukan, badan yang letih dan lesu boleh anda atasi dengan betul serta cara yang bijak. Caranya ialah dengan mengambil pemakanan yang sihat setiap hari dan bersenam. Namun, gaya hidup yang sibuk, agak menyukarkan anda melakukan aktiviti sihat ini. Oleh itu, rancang gaya hidup anda!

Artikel menarik untuk anda:

Tidur Optimum

Tidur Optimum

Tidur!!Semua orang pasti menunggu saat tidur tatkala badan berasa letih dan tidak sihat. Tidur merupakan keadaan di mana…... Baca selanjutnya »

ADUHAI JET LAG

ADUHAI JET LAG

Keseronokan bercuti atau travel membolehkan aku melihat keindahan negara lain di samping memberi pengalaman sekali gus melegakan tekanan.Aku…... Baca selanjutnya »

MINUM AIR KETIKA PUASA

MINUM AIR KETIKA PUASA

Air sangat penting untuk tubuh badan kita. Lebih kurang 70% badan kita dipenuhi oleh air atau cecair. Ini bermaksud air merupakan…... Baca selanjutnya »

Menu Sihat Berbuka Puasa

Menu Sihat Berbuka Puasa

Seharian berpuasa akan membuatkan kita menjadi lemah ditambah pula dengan perut yang lapar dan dahaga. Mulalah kita terfikir macam-macam tentang hidangan untuk…... Baca selanjutnya »

HILANGKAN BAU KETIAK

HILANGKAN BAU KETIAK

Penampilan seseorang mencerminkan personaliti dirinya. Maka tidak hairanlah seseorang itu sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli pakaian, aksesori dan make…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « KALORI ROTI CANAI
Next Post: Tips Untuk Anak Sukakan Sayur »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme