Apabila tibanya musim perayaan, lebuhraya mula dipenuhi kenderaan. Tinggal beberapa hari sebelum tibanya Syawal. Warga kota mula bergerak pulang ke kampung sempena Aidilfitri.
Kepadatan dan kesesakan mula dirasai terutamanya di lebuhraya utama seperti Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya PLUS.
Orang ramai mengambil peluang untuk pulang awal memandangkan cuti sekolah yang panjanh telah bermula bagi mengelak kesesakan lebih teruk menjelang beberapa hari lagi.
Dalam keseronokan pulang ke desa, anda perlu memastikan beberapa aspek sebelum bertolak ke kampung. Di sini dikongsikan beberapa aspek yang perlu dititikberatkan sebelum pulang ke kampung.
Sebelum Bertolak ke Kampung
- Periksa kenderaan
Bagi yang memandu kenderaan, pastikan kenderaan anda telah diservis dan diperiksa. Pastikan anda memeriksa keadaan tayar, brek, pendingin hawa dan keseluruhan komponen kereta dalam keadaan yang baik agar tidak berlaku perkara tak diingini dalam perjalanan.
2. Keselamatan rumahÂ
Pastikan semua pintu depan, belakang, dan pintu pagar berkunci. Selain itu, padamkan suis perkakasan elektrik dan tutup paip air sebelum meninggalkan rumah. Tidak lupa juga, jangan biarkan injap gas terbuka untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran dan kebakaran. Seeloknya cabut kepala tong gas.
3. Maklumkan pada jiran/polis
Untuk menggelakkan perkara tidak diingini, pastikan anda maklumkan pada jiran tetangga atau polis berhampiran tarikh anda balik ke kampung.
Semoga perjalanan anda ke destinasi selamat. Ingatlah orang yang tersayang.
Leave a Reply