• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / PAKAIAN PUTIH

PAKAIAN PUTIH

11 April 2019 by izazaya Leave a Comment

Pakaian putih lazimnya dikaitkan dengan murid sekolah. Aku percaya kaum ibu paling pening kepala selepas melihat pakaian sekolah anak menjadi kotor dan comot. Kebiasaannya pakaian sekolah ini terkena sambal, warna air, pensel dan bahagian kolar yang biasanya paling kotor. Untuk yang dewasa pula, bahagian baju di ketiak akan kekuningan.

Pakaian putih ini akan menjadi semakin kusam kalau korang hanya memasukkan pakaian itu ke dalam mesin pembasuh. Bercampur pula dengan pakaian berwarna yang lain. Walaupun hakikatnya pakaian itu sudah bersih, namun warna putihnya itu pasti tidak asli atau dengan kata lainnya akan kusam.

Di sini aku kongsikan serba sedikit tips yang pernah aku amalkan dan aku baca di media sosial. Korang boleh pilih mana yang sesuai. Semoga tips ini membantu korang.

  1. Gunakan sabun buku. (contohnya sabun LUX). Korang boleh tenyehkan sabun buku ini dibahagian yang kotor. Contohnya di bahagian kolar. Rendam dalam 2-3 jam. Kemudian anda boleh sental bahagian yang kotor tadi.
  2. Asingkan pakaian putih dengan pakaian berwarna yang lain. Kemungkinan warna pakaian lain akan turun pada pakaian putih anda.
  3. Letakkan sedikit cuka pada bilasan pakaian yang terakhir.
  4. Merendam pakaian putih di dalam air panas. Ini boleh membantu menghilangkan kesan kotor pada pakaian putih tanpa perlukan menggosok.
  5. Gunakan perahan lemon untuk menghilangkan kekotoran seperti sambal atau dakwat pada pakaian putih. Anda perlu menyental sedikit untuk memastikan kesan kotoran hilang sepenuhnya.

Artikel menarik untuk anda:

HILANGKAN BAU KETIAK

HILANGKAN BAU KETIAK

Penampilan seseorang mencerminkan personaliti dirinya. Maka tidak hairanlah seseorang itu sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli pakaian, aksesori dan make…... Baca selanjutnya »

Tidur Optimum

Tidur Optimum

Tidur!!Semua orang pasti menunggu saat tidur tatkala badan berasa letih dan tidak sihat. Tidur merupakan keadaan di mana…... Baca selanjutnya »

Ajar anak berpuasa

Ajar anak berpuasa

Pejam celik pejam celik dan masuk hari ke hari 11 kita berpuasa. Kita semua dalam fasa keampunan. Perbanyakanlah meminta maaf dan ampun…... Baca selanjutnya »

KAWAN YANG POSITIF

KAWAN YANG POSITIF

Kejayaan seseorang bergantung pada banyak faktor. Antaranya kerja keras, tidak putus asa, sentiasa memperbaiki diri, bersabar dan banyak lagi. Selain itu, salah…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « SEDAPNYA COKLAT
Next Post: RAMBUT IALAH MAHKOTA »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme