Kecanggihan teknologi sekarang memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau dahulu, perokok hanya menghisap rokok atau curut, kini terdapat pelbagai rokok elektronik seperti Vape dan Nanostix.
Bagi aku yang merupakan perokok tegar sebelum ni, kehadiran rokok elektronik ni merupakan berita baik buat aku. Saranan kerajaan sekarang yang melarang merokok di tempat awam suatu yang harus dipuji.
Semua sedia maklum rokok bukan sahaja bahaya pada si perokok malahan orang sekeliling yang menghidunya juga berkemungkinan besar mendapat bahaya terutama anak-anak kecil.
Pengalaman lebih 10 tahun merokok aku boleh sifatkan sebagai kerja gila. Walaupun aku mengerti bahaya rokok, namun disebabkan ketagihan dan ada kalanya ingin menunjuk-nunjuk membuatkan aku sukar untuk berhenti.
Sehinggalah suatu hari aku berjumpa teman yang menggunakan rokok elektronik iaitu Nanostix. Aku betul-betul terpana dengan rasanya yang mempunyai pelbagai flavour. Aku terus bernekad dan Alhamdulillah sudah hampir 5 bulan aku berhenti merokok.
APA ITU NANOSTIX
Nanostix merupakan teknologi terkini “e-cigarette” (Rokok Eletronik). Dicipta untuk membantu perokok tegar, menyediakan alternatif yang lebih baik, menjimatkan dan lebih selamat berbanding rokok serta membantu perokok untuk berhenti merokok.
Bagi perokok tegar, rasa Nanostix ni pasti akan membuat korang puas hati. Nikotin yang terdapat dalamnya akan memberikan rasa puas di tekak kepada penghisapnya yang tidak ditemui di dalam vape. Nanostix juga memberi rasa puas kepada penghisap nya setelah di sedut 4 ke 5 sedutan. Ia akan memberikan rasa puas seperti menghisap sebatang rokok.
Bagi aku, Nanostix ni boleh menjadi alternatif kepada perokok yang memerlukan nikotin. Secara tidak langsung, korang juga mampu berjimat dan memahami rokok itu akan memberi impak kesihatan yang sangat besar kepada perokok dan orang sekeliling.
Jom bertukar ke Nanostix!!
Leave a Reply