• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / MINUM AIR KETIKA PUASA

MINUM AIR KETIKA PUASA

9 May 2019 by izazaya Leave a Comment

Air sangat penting untuk tubuh badan kita. Lebih kurang 70% badan kita dipenuhi oleh air atau cecair. Ini bermaksud air merupakan elemen yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kita boleh hidup beberapa hari jika tiada makanan, namun jika kit tidak cukup minum air atau tiada air dalam tubuh badan, maka pelbagai kesan negatif akan berlaku.

Air berfungsi sebagai sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, dan menjadi agen untuk membuang bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan. Risiko jika kurang minum air ialah mengalami penyakit seperti batu karang, sakit kepala, sakit sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan.

MINUM AIR DI BULAN PUASA
Semasa bulan puasa, agak mencabar sedikit untuk kita minum air dengan secukupnya bukan? Mungkin ramai antara kita yang hanya minum segelas air ketika bersahur dan dua gelas air ketika berbuka. Sebenarnya, anda sangat disarankan minum air yang mencukupi ketika bulan Ramadan iaitu sebanyak 8 gelas sehari. Macam mana nak minum air walhal aku berpuasa ?

Di sini aku kongsikan kepada korang cara-cara pengambilan air pada bulan puasa dengan cara tidak membatalkan puasa korang. Kah kah kah..

Cadangan minum air ketika puasa:

1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas makan
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas Tarawikh
1 gelas sebelum tidur
1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas selepas makan sahur

Nah…dah cukupkan dengan 8 gelas sehari? 8 gelas sehari bersamaan dengan lebih kurang 2 liter air. Korang boleh minum lagi banyak air tapi yang penting bukannya air manis seperti sirap, oren, atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya.

Credit to Kementerian Kesihatan Malaysia

Semoga bermanfaat korang !!

Artikel menarik untuk anda:

Menu Sihat Berbuka Puasa

Menu Sihat Berbuka Puasa

Seharian berpuasa akan membuatkan kita menjadi lemah ditambah pula dengan perut yang lapar dan dahaga. Mulalah kita terfikir macam-macam tentang hidangan untuk…... Baca selanjutnya »

Ponteng Puasa

Ponteng Puasa

Ponteng puasa. Situasi ini bukan sahaja dilakukan oleh kanak-kanak, malahan orang dewasa juga turut rasa tidak bersalah melakukan perbuatan memalukan ini. Apa…... Baca selanjutnya »

Kebaikan Warming Up

Kebaikan Warming Up

Bersukan merupakan suatu aktiviti yang sangat digalakkan untuk memastikan tubuh badan kita cergas di samping menjadikan otak cerdas. Ramai antara kita yang…... Baca selanjutnya »

KELEBIHAN BUAH TAMAR

KELEBIHAN BUAH TAMAR

Buah tamar merupakan buah kegemaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya. Buah tamar sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Kini, buah …... Baca selanjutnya »

PUNCA KELETIHAN

PUNCA KELETIHAN

Kesibukan seharian mencari nafkah akan membuatkan anda berasa keletihan. Ditambah pula dengan tekanan tempat kerja serta desakan daripada big boss secara tak…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « Tips Berbelanja di Bazar Ramadan
Next Post: Nanostix Pengganti Rokok »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme