Hampir sebulan kami berhempas pulas bekerja demi kelangsungan hidup. Macam-macam rasa dapat aku gambarkan. Penat, gembira, sedih dan puas.
Kehidupan sebagai seorang peniaga memang tak boleh duduk diam. Korang pasti tidak akan puas. Setiap hari ada sahaja cabaran korang kena hadap. Tak perlu cerita gaduh suami isteri. Syukur sebab aku dan isteri bekerja bersama. Jadi, masing-masing memahami walaupun ada kalanya berkelahi.
Sebagai seorang jurujual, banyak aspek yang korang kena uruskan. Bagi aku, perkara pertama ialah mindset. Jika mindset korang positif, maka keputusan yang akan dapat pon positif. Apabila mindset korang positif, secara tak langsung gerak kerja korang pun akan selari.
Aku bagi satu contoh. Aku nak buka gerai nasi lemak. Di tempat aku nak berniaga ada banyak gerai yang menjual juadah yang sama dengan aku. Bagaimana aku nak bersaing sedangkan di situ sudah terdapat gerai yang sama? Pasti mereka mempunyai pelanggan setia.
Jadi jika korang sentiasa positif, letaklah di mana sahaja pasti barang jualan korang akan laku. Jangan memberi alasan tanpa ada tindakan. Bertindaklah untuk dapatkan keputusan yang positif.
Tak kira korang bujang atau sudah berumah tangga. Aku yakin masing-masing ada target yang korang inginkan. Aku mula berniaga sejak sekolah menengah. Darah yang mengalir dalam diri ni mungkin sudah sebati. Biasalah meniaga ada kala korang kat atas dan sebaliknya. Tuhan tengok usaha korang. Yang penting jangan mengalah. Usaha tak kan mengkhianati hasil.
Leave a Reply