Amalan bersahur merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW yang perlu kita amalkan terutamnya bagi kita yang hendak berpuasa di bulan Ramadan. Walaupun hukum bersahur ni sunat, tapi terdapat hadis yang menyatakan sahur mempunyai keberkatan.
Kebiasaannya apabila bersahur ni kuantiti makanan kita tidak seperti berbuka. Ada sesetengah orang yang hanya bersahur dengan minum air dan makan sebiji tamar. Sebaliknya, jarang kita lihat orang yang bersahur dengan pelbagai lauk pauk.
Biarpun mungkin ada yang memandang ringan kepentingan sahur, tetapi tentu ramai juga yang mengetahui sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk mengharungi 8 hingga 9 jam tanpa makan dan minum.
Oleh itu, di sini aku kongsikan serba sedikit menu untuk bersahur. Khas untuk orang yang malas nak masak lebih-lebih.
1) Susu dan Tamar
Korang boleh minum susu bersama buah tamar. Buah tamar direndam di dalam susu semalaman untuk memastikan rasa susu lebih enak dan padu.
2) Roti dan telur
Telur adalah antara makanan yang punyai kandungan protein yang tinggi dan sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi. Campur pula dengan roti yang dibakar. Aku yakin sahur korang lebih bermakna.
3) Buah dan Yogurt
Antara buah-buahan yang sesuai adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado. Kisarkan buah-buahan bersama dengan yogurt dan boleh ditambahkan dengan oat. Rasanya sepertiĀ smoothie.
4) Oatmeal dan buah
Korang boleh kisarkan oatmeal bersama buah-buahan kegemaran. Untuk rasa lebih mengiurkan, simpan di dalam peti dan nikmatinya ketika sahur dengan tenang.
5) Salad dan buah
Gunakan buah-buahan seperti epal merah, epal hijau dan anggur. Dicampur dengan yogurt dan mayonis.
Semua menu di atas merupakan menu sahur yang lengkap dengan nutrisi yang baik dan seimbang untuk korang. Di samping menjimatkan masa korang, kos penyediaan bahan juga jimat.
Selamat mencuba korang !!
Leave a Reply