Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia. Kebanyakan daripada kita menggunakan Bahasa Melayu untuk ditutur setiap hari. Malahan, warga luar yang menetap di sini juga mampu menuturkan Bahasa Melayu kerana bahasa ini antara yang mudah untuk dipelajari.
Sungguhpun begitu, terdapat banyak kesalahan dari aspek perkataan Bahasa Melayu yang kadang-kadangnya mengelirukan. Malah, ada juga perkataan yang ejaannya tidak sama seperti dulu lagi dan sering bertukar. Secara tak langsung akan mencemar bahasa kebangsaan kita ini.
Aku rasa terpanggil untuk menulis entri ini memandangkan semangat warga pendidik masih berbekas di jiwa ini. Di sini aku senaraikan beberapa perkataan yang selalu kita confuse dan salah ejaan.
1) MENTUA dan MERTUA
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘mertua’ tidak mempunyai sebarang maksud dan perkataan yang sebetulnya adalah ‘mentua’.
2) EJEN dan AGEN
‘ejen’ – orang yang menjalankan perniagaan untuk orang lain atau wakil dalam urusan jual beli atau dalam perdagangan atau wakil penjual.
‘agen’ – sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dan sebagainya).
3) GARFU dan GARPU
Ejaan yang betul ialah ‘garpu’.
4) KOMISEN dan KOMISYEN
Ejaan yang tepat ialah ‘komisen’.
5) BERBAHAYA dan MERBAHAYA
Ejaan yang betul ialah ‘berbahaya’ kerana tiada imbuhan “mer” dalam Bahasa Melayu.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bangga menggunakan dan memartabatkan Bahasa Melayu di serantau Malaysia. Zaman yang serba canggih sekarang ini menyebabkan bahasa kita ini sering disalah guna terutamanya di dalam dunia online. Natijahnya nanti akan merosakkan juga bahasa kebangsaan kita.
Terbaik cigu…
Alpetito recently posted…ABC Fradoo, ABC paling sedap di Shah Alam dan mungkin di Malaysia.