Lemang merupakan antara hidangan wajib apabila tibanya Syawal. Apa maknanya Hari Raya jika tiada lemang. Kebiasaanya lemang dimakan bersama rendang, serunding dan sambal.
Lemang bukan sahaja boleh didapati apabila tiba musim perayaan, malah boleh didapati pada hari biasa. Dan ada kedai yang terkenal seperti Lemang Toki yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati keenakan lemang.
Apabila bercerita tentang lemang, pasti peminatnya sanggup mendapatkannya walaupun terpaksa beratur panjang. Harga untuk sebatang lemang sekarang boleh didapati dengan harga dari RM15 hingga RM18 bergantung pada saiz. Tiba sahaja bulan Ramadan, kita boleh lihat banyak gerai lemang dibuka dan kebanyakan ini dibuka 24 jam.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dicampur dengan santan. Lemang dibakar dalam buluh dan balutan daun pisang. Tahap kesabaran yang tinggi sangat diperlukan apabila membakar lemang. Kita kena pastikan lemang betul-betul masak.
Rasa lemang sememangnya penuh lemak. Dicecah pula dengan rendang ayam atau daging pasti membuatkan raya pertama anda penuh bermakna. Dalam keasyikan menikmati lemang, pastikan anda menjaga juga kesihatan memandangkan makanan ini sangat tinggi kolestrol. Oleh itu, berjaga-jaga dan jaga kesihatan.
Leave a Reply