Kejayaan seseorang bergantung pada banyak faktor. Antaranya kerja keras, tidak putus asa, sentiasa memperbaiki diri, bersabar dan banyak lagi. Selain itu, salah satu impak yang paling besar bagi kejayaan seseorang adalah sentiasa bergaul dengan orang yang positif.
Kata orang kalau kau nak wangi, maka berkawanlah dengan orang menjual minyak wangi. Begitu juga kalau kau nak berjaya, maka carilah orang yang telah berjaya. Dalam kesibukan korang nak bergaul dengan ramai kawan, pastikan berhati-hati supaya tidak menjerat diri.
Cuba korang renungkan sebentar. Dengan siapa korang berkawan pada hari ini? Adakah kawan korang itu seorang yang positif? Kebanyakan orang yang berjaya akan berkawan dengan orang yang ingin berjaya dan positif. Mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin berjaya dan tidak suka beri alasan.
Kawan yang positif bukan sahaja korang boleh berjumpa bertentang mata, malahan berkawan di Facebook atau media sosial tetap akan memberi kesan terhadap hidup korang. Apa yang mereka komen, kongsi dan suka akan mencerminkan diri anda sendiri. Jika rakan korang adalah seorang yang positif, anda sebenarnya juga seorang yang positif.
KENAPA PERLU BERKAWAN DENGAN ORANG POSITIF ?
1) Aku percaya setiap daripada kita mempunyai masalah. Masalah ini tidak boleh selesai jika korang sentiasa menyalahkan diri sendiri atau orang lain. Namun, sekuat mana untuk korang hadapi masalah tersebut mestilah datang dengan motivasi yang kuat untuk terus berjaya. Kawan yang positif pasti akan sentiasa memberi motivasi pada korang untuk menguatkan semangat korang yang bersedih dan bermasalah.
2) Korang pernah gagal? Setiap kejayaan pasti pernah melalui kegagalan. Jadi kenapa perlu takut gagal? Kegagalan sebenarnya mengajar korang untuk memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini. Gagal hari ini bukannya bermakna berakhir kehidupan korang. Carilah kawan yang boleh bagi sokongan dan dorongan pada korang. Sokongan moral dan mental sangat penting untuk orang yang ingin berjaya. Pada waktu ini, korang pasti akan menghargai sangat kawan-kawan yang tak putus-putus memberi sokongon agar tidak menyerah kalah.
3) Orang yang berjaya sering bercakap berkenaan masa hadapan. Tetapi orang yang gagal sering bercakap tentang perkara yang sudah lepas. Cuba lihat kawan korang, adakah mereka orang yang suka merancang masa hadapan atau mencari kesilapan perkara yang sudah lepas? Ini adalah dua perbezaan yang ketara jika anda mempunyai rakan yang positif dan juga rakan yang negatif. Orang yang positif sentiasa membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
Apa yang boleh aku simpulkan di sini ialah, berkawanlah dengan orang yang boleh membantu dan membina kita. Jauhkan daripada kawan yang boleh menjahanamkan kita. Namun perlu ingat, jangan sampai putus silaturahim sesama Islam. Itu pesan Nabi Muhammad S.A.W buat kita.
Leave a Reply