Penampilan seseorang mencerminkan personaliti dirinya. Maka tidak hairanlah seseorang itu sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli pakaian, aksesori dan make up bagi tujuan memberi keyakinan diri.
Bagi sesetengah orang yang kurang kemampuan, bukan bermaksud anda tiada personaliti diri. Cukuplah dengan menjaga kebersihan diri seperti mandi, pakaian kemas, menyisir rambut dan banyak lagi perkara positif boleh anda lakukan. Jangan rasa rendah diri sekiranya bergaul dengan orang yang hidup mewah. Mungkin belum tiba masa anda untuk dress up seperti mereka.
Dalam keasyikkan anda menjaga personaliti diri, jangan sesekali lupa untuk menjaga bau badan anda. Bau badan yang kurang enak akan membuatkan anda dijauhi oleh orang lain. Secara tak langsung akan menjatuhkan kredibiliti anda lebih-lebih lagi jika anda seseorang yang terkenal.
Bau badan yang busuk biasanya apabila anda berpeluh. Orang yang kuat berpeluh pasti berasa kurang selesa kerana pasti bau badan anda akan mengganggu orang lain. Bawah lengan selalu basah, itu yang menyebabkan bau busuk menyerlah. Sehinggakan orang lalu di sebelah sampai tutup hidung kerana sudah tidak tahan menghidu bau yang sangat menyengat lubang hidung.
Biasanya bau dari ketiak ini datang jika anda tidak menggunakan deodoran. Namun begitu, menggunakan deodoran saja tidak cukup bagi menahan bau yang begitu kuat. Sekiranya anda ingin merawat bau badan agar cepat hilang, anda seharusnya mendapatkan rawatan khas pada kulit.
Cuaca panas di negara kita ini menyumbang dan membuatkan anda cepat berpeluh. Oleh itu, anda perlu mencari alternatif lain untuk memastikan bau ketiak anda dapat di atasi dengan segera.
CARA-CARA MENGHILANGKAN BAU KETIAK
1) Cuka Epal
Menggunakan
cuka epal mampu menghilangkan bau ketiak anda. Caranya ialah dengan
menuangkan cuka epal ke dalam mangkuk. Kemudian celupkan kapas bersih ke
dalam cuka dan bersihkan ketiak anda dengan cara menggosoknya. Lakukan
ketika anda mandi.
2) Serbuk Soda
Fungsi serbuk soda bukan
hanya untuk masakkan, malah dapat digunakan untuk menghilangkan bau
badan juga. Gunakan satu sudu serbuk soda dicampur dengan perahan lemon.
Gaulkan sehingga sebati dan lumurkan di ketiak anda. Bilaskan ketika
andan mandi.
3) Bunga Mawar
Air mawar biasanya digunakan untuk terapi dan mandian. Air mawar ini juga mampu menghilangkan bau badan anda. Caranya dengan sapukan air mawar pada ketiak dan biarkan kering sendiri. Ulang rutin ini selepas mandi.
4) Mandi Setiap Hari
Ada
sesetengah orang yang mengambil mudah bab mandi. Kadang kala ada yang
mandi pada waktu tengahari. Ini salah satu punca membuatkan ketiak anda
berbau masam. Jadi ubahlah rutin anda dengan mandi setiap hari dan
pastikan menggunakan sabun yang sesuai.
5) Banyak Minum Air
Perbanyakan minum air masak mampu membantu membersihkan dan menjaga badan agar tetap segar. Oleh itu, minumlah air putih atau air masak setiap hari.
Semoga bermanfaat. Ayuh kita ubah ke arah kebaikan.
Leave a Reply