• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / Gunakanlah Saya

Gunakanlah Saya

26 May 2019 by izazaya Leave a Comment

“Gunalah saya”!! Aku hanya mampu melihat sahaja orang lalu lalang di hadapanku. Mereka seakan tidak menyedari kewujudan aku ini. Masing-masing tidak menghiraukan aku. Saban waktu aku menanti, perut yang kosong terisi. 

Jika tong sampah kitar semula boleh bercakap, sudah pasti dia akan bersuara. Kalau dia berperasaan, mungkin dia akan menangis sedih atau pun sebaliknya.

Kewujudan tong sampah kitar semula di tempat awam dilihat seperti tidak berfungsi. Orang ramai lebih suka menyumbat sampah ke dalam tong sampah hitam. 

Tong sampah kitar semula yang direka khas mempunyai tiga warna iaitu coklat, biru, dan jingga. Untuk tong berwarna coklat, dikhaskan untuk bahan kaca sahaja. Semua jenis kaca sama ada berwarna atau tidak berwarna seperti botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin, botol kosmetik dan sebagainya.

Sementara tong berwarna biru, disediakan untuk kegunaan membuang sampah seperti kertas. Contohnya seperti majalah, surat khabar, buku, helaian kertas, risalah, sampul surat, kotak kadbod dan kalendar.

Dan yang terakhir tong berwarna jingga. Tong jingga disediakan untuk bahan seperti tin aluminium, tin keluli dan plastik. Tin minuman ringan, plastik minuman, botol mineral, plasti membeli belah dan botol pencair pencuci.

Kita sepatutnya peka dan prihatin tentang isu penggunaan tong sampah kitar semula ini. Selain mengasingkan jenis-jenis sampah, tujuannya juga ialah untuk menjaga alam sekitar kita ini.

Selain itu, kesedaran penggunaan tong sampah kitar semula perlu bermula dari rumah. Ibu bapa boleh menyediakan tempat khas untuk memastikan ahli keluarga terbiasa dengan budaya ini. 

Jangan sampai mereka menjerit… gunalah saya….

Artikel menarik untuk anda:

Tiada artikel berkaitan.

Filed Under: Umum

Previous Post: « MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA
Next Post: SELIPAR HILANG LAGI »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme