• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / GEDUNG IKEA

GEDUNG IKEA

26 March 2019 by izazaya Leave a Comment

Ikea terkenal dengan barang perabot yang elegen dan kontemporari. Sekiranya anda tiba di sini, pasti anda terpana dengan susunan perabot dan kecantikannya. Tidak hairanlah gedung IKEA yang berasal dari Sweden ini mendapat tempat di kalangan penduduk seluruh pelusuk negeri.

Di negara kita, terdapat empat cawangan IKEA yang boleh anda kunjungi iaitu di IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Tebrau dan yang terbaharu di IKEA Batu Kawan. Rata-ratanya gedung IKEA pasti akan dipenuhi dengan pelanggan yang tersendiri terutamanya hari minggu.

Kemudahan yang tersedia di IKEA membuatkan ianya menjadi tumpuan pelanggan. Dengan adanya kemudahan seperti tandas, ruang solat dan yang paling mendapat tumpuan ialah restoran makanannya yang luas dan selesa.

RESTORAN IKEA

Selain daripada menjual perabot, IKEA turut dilengkapi dengan Restoran atau Cafe IKEA. Kebanyakan yang singgah ke IKEA pasti akan menikmati hidangan makanan di sini. Hidangan seperti meetball merupakan makanan wajib jika anda singgah di restoran ini.

Sementara anda sibuk mencari perabot di gedung, ambil masa untuk berehat dan menyegarkan diri anda di Restoran IKEA. Singgah sebentar untuk menikmati snek atau sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Bagi mereka yang membawa anak kecil, jangan risau kerana restoran IKEA menyediakan ruang mainan bagi memastikan anak kecil gembira dan tidak bosan semasa menunggu makanan sampai. Selain itu, restoran juga dilengkapi dengan kerusi tinggi dan ruang menukar lampin.

Walaupun terpaksa beratur panjang ketika membeli makanan di restoran ini, namun kepuasan dan keenakan makanan di sini membuatkan ramai orang sanggup menanti dengan penuh sabar. Harga yang dikenakan juga berpatutan.

MENU IKEA

Antara menu yang menjadi tarikan serta mendapat tumpuan ialah meet ball, kepak ayam, kek daim, sup cendawan, pasta, western food dan sebagainya.

Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan semasa anda beratur membeli makanan. Di sini aku sharekan sedikit tips untuk korang yang berhajat nak beli makanan di sini.

TIPS BELI MAKANAN DI IKEA

1) Jika nak beli makanan yang banyak, jangan lupa ambil troli yang disediakan. Tujuannya untuk memudahkan korang membawa makanan nanti. Troli dah disediakan di tempat nak beratur.

Troli makanan IKEA

2) Pastikan dulang juga diambil untuk diletakkan di troli. Ada 3 tingkat troli tu. Jadi, korang boleh borong sakan makanan nanti.
3) Ambil cawan (untuk air panas) dan gelas ( air sejuk). Minuman boleh ambil secara layan diri selepas bayaran dilakukan. Korang boleh minum seberapa banyak. Kalau nak jimat, gunakan satu cawan/gelas.

Pelbagai pilihan minuman

4) Sampai giliran, korang boleh pilih saja menu yang terpampang di iklan papan tanda dan televisyen.
5) Jangan lupa bayar.

Menu di papan tanda

6) Kalau datang dengan pasangan atau keluarga, pastikan salah seorang cari tempat makanan. Kalau semua beratur, jawabnya nanti korang makan sambil berdiri lah.

Semoga dengan perkongsian ini membantu korang membeli belah di IKEA.

Ruang makan yang selesa

Artikel menarik untuk anda:

Colek Tradisi Selepas Tarawih

Colek Tradisi Selepas Tarawih

Makanan colek merupakan makanan tradisi rakyat Kelantan. Colek atau rojak kebiasaannya di makan usai solat terawih. Namun kini di di ibu kota…... Baca selanjutnya »

Menu Sihat Berbuka Puasa

Menu Sihat Berbuka Puasa

Seharian berpuasa akan membuatkan kita menjadi lemah ditambah pula dengan perut yang lapar dan dahaga. Mulalah kita terfikir macam-macam tentang hidangan untuk…... Baca selanjutnya »

KONSEP RUMAH

KONSEP RUMAH

Rumah yang cantik menjadi idaman setiap rumah. Selain susun atur rumah yang menarik, warna dinding rumah yang betul akan menceriakan dan menaikkan…... Baca selanjutnya »

KALORI ROTI CANAI

KALORI ROTI CANAI

Roti canai merupakan menu utama rakyat Malaysia. Ianya juga menjadi kegemaran ramai yang singgah ke kedai atau restoran. Korang boleh lihat pada…... Baca selanjutnya »

SEDAPNYA COKLAT

SEDAPNYA COKLAT

Baru-baru ni aku pulang dari sebuah negara yang terkenal dengan sejarah coklat. Di sini, korang boleh dapatkan pelbagai jenis coklat dengan harga…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « CUTI SEKOLAH
Next Post: KONSEP RUMAH »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme