Setiap kali musim cuti sekolah pasti anak-anak akan melonjak keriangan. Begitu jugalah cikgu-cikgu sekolah. Perasaan ini aku rasa sendiri sebab aku juga pernah digelar cikgu suatu masa dahulu. Apabila dengar sahaja cuti sekolah, pasti riak gembira jelas terpancar pada wajah si anak khususnya cuti panjang pada hujung tahun.
Pastinya detik cuti sekolah amat dinantikan kerana bukan saja anak dapat merehatkan diri seketika daripada rutin padat pada hari persekolahan, malah ia membuka peluang besar untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama ibu bapa.
Antara aktiviti biasa yang dirancang kebanyakan ibu bapa ialah percutian seisi keluarga, balik ke kampung, menyertai pelbagai program menarik yang membabitkan ahli keluarga dan menghadiri program seperti khemah ibadah dan mengaji.
Dalam situasi ini, para ibu bapa perlu cakna untuk merancang aktiviti terbaik untuk si anak supaya mereka dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Dan si anak pasti mengharapkan ibu bapa dapat meluangkan lebih banyak masa bagi menjadikan cuti persekolahan lebih bermakna dan menyeronokkan berbanding tahun sebelumnya.
Selain itu, ibu bapa yang peka perlu mengutamakan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk pergi bercuti ke destinasi terkenal terutama di luar negara semata-mata untuk mengembirakan hati anak-anak. Cukuplah dengan sekadar berkumpul setiap ahli keluarga sambil membuat aktiviti berkelah, gotong-royong, makan bersama dan sebagainya.
Rancang aktiviti
Perancangan yang rapi perlu bagi memastikan perjalanan cuti sekolah anak tidak berakhir begitu saja tanpa sebarang perkara bermakna. Bagi ibu bapa yang mempunyai bajet yang besar, tidak salah mereka membawa anak-anak pergi ke destinasi impian mereka. Untuk ibu bapa yang kurang bajet, cukup sekadar membawa anak pergi bersiar-siar atau membeli belah untuk mengeratkan silaturahim.
IDEA AKTIVITI CUTI SEKOLAH
1) Menonton Movie
Antara aktiviti yang popular ialah menonton movie bersama. Anda boleh bawa anak-anak ke panggung wayang berhampiran atau pun nikmati saja movie pilihan di rumah.
Namun, ada etika dan caranya yang dapat ibu bapa praktikkan supaya ianya berjalan dengan lancar. Pertama, ibu bapa perlu memilih filem yang menggembirakan anak-anak. Isi kandungan filem pula hendaklah bersesuaian dengan usia anak kita. Jika kita sendiri tidak pasti akan kandungan movie itu, kita boleh melihat reviewnya telebih dahulu.
Tak lengkap rasanya aktiviti menonton movie tanpa ada kudapan istimewa. Cubalah pelbagaikan jenis kudapan seperti pop corn atau biskut serta air yang mencukupi.
Tentukan pukul berapa semua orang perlu bersiap sedia untuk menonton movie bersama. Kebiasaanya malam Jumaat atau malam minggu adalah waktu paling tepat. Suramkan cahaya lampu serta kuatkan volume pembesar suara dan sediakan tempat yang selesa.
Jika ibu bapa mengikuti simple rules ini, InsyaAllah movie night bersama anak-anak akan lebih terisi dan menyeronokkan selain dapat juga berjimat.
2) Ajak kawan anak ke rumah
Pada waktu cuti sekolah inilah masanya untuk ibu bapa mengenali dengan siapa anak-anak mereka berkawan. Biarkan anak untuk hang out di rumah. Di sini, ibu bapa boleh mengenal mengenai kriteria anak-anak dan juga kawan mereka.
Untuk anak pula, waktu sejam dua yang mereka peruntukkan bersama kawan-kawan dapat mengajar mereka rasa bertanggungjawab, berkongsi dan lain lain lagi melalui pembelajaran dan pengalaman bersama kawan.
Jangan lupa, ramai pakar mengatakan yang waktu bebas kanak-kanak ketika bermain serta interaksi melalui aktiviti sosial lebih baik untuk pembangunan kanak-kanak berbanding aktiviti yang dirancang.
Dengan cara ini, mereka akan mempunyai bonding persahabatan yang kuat walaupun tidak berjumpa di sekolah. Ibu bapa juga boleh menyediakan makan minum untuk mereka. Dengan cara ini, ibu bapa boleh sama-sama berbual sambil menikmati makanan.
3) Jalan-jalan menggunakan perkhidmatan Awam
Pengalaman menaiki pengangkutan awam seperti LRT dan KTM pasti membuat anak anda teruja. Pasti mereka akan excited bercerita tentang pengalaman menaiki pengangkutan awam kepada kawan-kawannya.
Selain itu, ia pastinya satu pengalaman yang menarik buat anak-anak anda kerana mereka dapat melihat Bandaraya Kuala Lumpur dari perspektif yang berbeza. Selain itu, stesen-stesen LRT dan MRT juga terletak berdekatan dengan pelbagai kawasan tarikan pelancong. Jadi anda tidak perlu lagi risau tentang kesesakkan lalu lintas serta menghabiskan masa yang lama di tempat letak kereta.
Di negara Barat, menaiki pengangkutan awam merupakan satu cara ibu bapa membawa keluarganya bersiar-siar. Cara ini boleh kita praktikkan memandangkan banyak pengangkutan awam di negara kita. Selain dapat menjimatkan masa dan kos, kita boleh mengajar anak aspek keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan awam.
Berikut adalah antara tempat menarik yang
boleh anda dan keluarga lawati dengan menggunakan khidmat pengangkutan
awam seperti LRT dan MRT.
1) Muzium Negara dan Taman Burung Kuala Lumpur (MRT Muzium Negara)
2) Kidzania Kuala Lumpur (MRT Mutiara Damansara)
3) Masjid Jamek, River of Life dan Dataran Merdeka (LRT Masjid Jamek)
4) KLCC, Petrosains dan Aquaria KLCC (LRT KLCC)
Leave a Reply