Aku, Mohd Izazaya Bin Ahmad. Anak ketiga dari lima orang adik-beradik. Aku dilahirkan pada 6 Januari 1987 di Hospital Serdang, Selangor. Aku telah dibesarkan di Serdang Raya, Selangor. Aku lebih dikenali dengan nama gelaran Endang.
Nama Endang lebih sinonim dengan aku. Ada sedikit sejarah disebalik nama Endang ini. Dipendekkan cerita nama Endang ini lahir sejak aku berusia 5 tahun lagi. Dan ianya diberi sendiri oleh aku. Aku akan menyahut panggilan ibu bapa ku hanya dengan panggilan Endang.
Dulu, artis dari negara seberang kerap keluar di kaca televisyen. Antaranya ialah Endang S Taurina dan Hetty Koes Endang. Disebabkan nama tersebut sentiasa bermain difikiran aku, maka terjadilah nama Endang.
Aku mendapat pindidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling. Kemudian, melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling di tingkatan 1 hingga 3. Seterusnya, ditingkatan 4 dan 5 aku meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Bukit Jalil.
Gelaran Cikgu?
Tamat sekolah menengah, aku melanjutkan pengajian di salah sebuah Institut Pendidikan Guru di sekitar Cheras, Kuala Lumpur. Hampir 6 tahun aku menghabiskan pengajian di sini dan Alhamdulillah berjaya memperolehi segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Walaupun latar belakang keluarga tiada kaitan dengan warga pendidik, namun aku menyahut hasrat ibu bapa aku yang inginkan anaknya berkhidmat di sektor kerajaan. Bagi aku, itulah jalan terbaik untuk aku menampung diri aku sendiri dan ibu bapa.
Di samping menjadi tenaga pengajar pada waktu itu, aku suka mencari income tambahan seperti tuisyen, menjual baju, MLM, jual beli emas dan banyak lagi. Komitmen yang semakin tinggi mendesak aku ketika itu ditambah lagi dengan aku sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak.
Jalan hidup aku memang sudah terlorong untuk menjadi seorang jurujual. Aku telah diperkenalkan dengan perniagaan Coway. Pada asalnya, aku hanya ingin membuat secara sambilan di syarikat Coway ini. Namun demikian, semakin hari jiwa sebagai seorang pendidik semakin berkurang.
Hinggalah pada satu tahap, aku mengambil keputusan untuk Cuti Tanpa Gaji di sektor awam untuk memberi sepenuh perhatian di Coway. Dalam masa 6 bulan ini, aku berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang top sales di Coway dan kejayaan paling besar aku ialah terpilih untuk ke trip Coway ke Eropah.
Kejayaan ini bukan untuk aku banggakan. Namun, aku berjaya meyakinkan ibu bapa dan keluarga aku dengan pencapaian ini. Berkat restu dan doa mereka aku berjaya hingga ke tahap ini. Dan aku bakal naik sebagai Pengurus di Coway untuk membimbing ahli kumpulan aku menjana pendapatan di Coway.
Sekian, terima kasih.