• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / CARA MEMINDAHKAN CONTACT LIST IPHONE KE ANDROID

CARA MEMINDAHKAN CONTACT LIST IPHONE KE ANDROID

21 May 2019 by izazaya Leave a Comment

Memiliki sebuah telefon bimbit baharu merupakan satu nikmat yang sangat bermakna. Kena pula telefon bimbit tersebut memiliki ciri-ciri canggih yang kita idamkan seperti kamera berkualiti, reka bentuk yang kemas dan sesuai untuk kegunaan harian.

Sebelum ini aku merupakan pengguna Iphone. Memang tidak dinafikan telefon bimbit ini menjadi kegilaan ramai orang walaupun harganya agak mahal berbanding telefon bimbit jenama lain di pasaran. Namun, melihat kepada kecanggihan telefon bimbit Android masa kini yang semakin canggih dan pesat, aku mula beralih arah ke telefon bimbit Android.

Dengan harga yang lebih murah berbanding Iphone, aku memilih untuk menggunakan jenama Huawei yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. Walaupun baru-baru ini terdapat sedikit isu berkaitan jenama Huawei ini, tapi aku yakin syarikat gergasi dari China ini mampu untuk mengatasinya.

Aku ni bukanlah seorang yang pakar dalam teknologi. Tapi aku tidak mahu ketinggalan dek arus semasa yang semakin pesat membangun. Sebelum memiliki telefon bimbit ini, beberapa review dan research telah aku lakukan di dalam laman sesawang dan bertanya beberapa orang pengguna Android sendiri.

Apabila memiliki telefon bimbit baharu, perkara pertama yang aku risaukan ialah contact list di dalam telefon bimbit yang lama. Di dalam telefon lama ini terdapat banyak prospek list aku. Jadi sangat rugi jika aku tidak back up atau menyimpannya. Mulalah aku melihat Youtube cara memindahkan senarai contact list aku.

CARA MEMINDAHKAN CONTACT LIST

Di sini aku kongsikan serba sedikit cara untuk memindahkan contact list dari Iphone aku ke telefon bimbit Android.

1) Buka Apps Store dan download Google Drive
2) Log in ke akuan Gmail yang ingin digunakan
3) Pergi ke MENU dan cari SETTING

5) Pilih menu BACKUP

6) Pilih untuk Backup Contact

7) Dan tekan START BACKUP

8) Tak sampai beberapa saat semua Contact List kita dapat dipindahkan ke Google Drive

9) Login Google Drive di telefon baharu
10) Semua contact list kini di dalam telefon baharu

Semoga bermanfaat.

Artikel menarik untuk anda:

Tiada artikel berkaitan.

Filed Under: Umum

Previous Post: « Cabaran Guru
Next Post: NUZUL AL-QURAN »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme