• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / Aktiviti Pendidikan Seni Visual

Aktiviti Pendidikan Seni Visual

30 March 2019 by izazaya Leave a Comment

Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan salah satu subjek elektif di sekolah rendah. Murid-murid akan menunggu-nunggu subjek PSV ini kerana ini salah satu subjek yang membuatkan mereka dapat melahirkan karya dengan spontan. Kebiasaannya hanya 1 jam masa diperuntukkan dalam seminggu.

Subjek PSV membantu murid-murid untuk menzahirkan idea dan kreativiti mereka sama ada di atas kertas lukisan mahupun media yang lain. 

Pendidikan Seni Visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Dengan kata lain, PSV sesuatu hasil atau ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. 

Terdapat banyak aktiviti seni yang terdapat di dalam silibus murid-murid. Antaranya lukisan, catan, kolaj, montaj, arca dan sebagainya.

1) Lukisan

Lukisan merupakan satu teknik meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang minimum.

Contoh Karya Lukisan

2) Catan

Catan ialah proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.

Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata ataupun abstrak.

Contoh Karya Catan

3) Kolaj

Kolaj bermakna tampal dan gam. Bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk kerja atau kolaj ini ialah antaranya carikan kertas-kertas, keratin akhbar, kepingan besi, kain atau kainperca dan kepingan – kepingan nipis yang lain.

Contoh Karya Kolaj

4) Montaj 

Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum.

Contoh Karya Montaj

5) Arca

Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi (3D). Arca berasal daripada perkataan ‘ sculpture ’ yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik. Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran.

Contoh Karya Arca

Artikel menarik untuk anda:

Tarikh 16 MEI

Tarikh 16 MEI

Tarikh 16 Mei memang tidak asing bagi aku sebagai bekas pendidik. Selain menyambut hari guru, tarikh ini juga merupakan ulangtahun kelahiran isteriku….... Baca selanjutnya »

Kebaikan Warming Up

Kebaikan Warming Up

Bersukan merupakan suatu aktiviti yang sangat digalakkan untuk memastikan tubuh badan kita cergas di samping menjadikan otak cerdas. Ramai antara kita yang…... Baca selanjutnya »

Hobi bercucuk tanam

Hobi bercucuk tanam

Tanaman hijau dapat memberikan kita ketenangan dan kepuasan apabila melihatnya. Selain membekalkan udara yang segar, tanaman hijau memberi kita sumber pendapatan sekiranya…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « KONSEP RUMAH
Next Post: ADUHAI JET LAG »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme