• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / Ajar anak berpuasa

Ajar anak berpuasa

16 May 2019 by izazaya Leave a Comment

Pejam celik pejam celik dan masuk hari ke hari 11 kita berpuasa. Kita semua dalam fasa keampunan. Perbanyakanlah meminta maaf dan ampun agar segala dosa kita diampunkan olehNya.

Dalam keseronokan kita berpuasa, ada juga ibu bapa yang melatih anak-anak berpuasa. Seronok melihat telatah anak-anak ini berpuasa. Bermacam-macam ragam.

Tika inilah, kita sebagai ibu bapa boleh melatih sedikit demi sedikit anak berpuasa. Jangan mendesak atau memaksa mereka berpuasa terus. Kita sebagai ibu bapa perlu peka agar tiada kesan tidak baik terjadi pada anak kita.

Baru ni tadika sekolah anak aku ada hasilkan sebuah buku sempena bulan puasa. Idea yang diketengahlan oleh cikgu-cikgu ni sangat kreatif dan boleh diberi kredit. Anak-anak yang berpuasa separuh hari dan penuh diberi sticker sebagai galakan. Satu hari satu sticker. Anak aku begitu excited nak berpuasa. Bersemangat aku dengar dia cerita usai balik dari sekolah.

Keupayaan anak-anak berpuasa perlu dipantau. Sebagai contoh, jika mereka ingin berpuasa, kita boleh mengajar mereka berpuasa separuh hari. Kita boleh bagi ganjaran buat anak-anak seperti hadiah untuk menggalakkan mereka minat berpuasa.

Dalam kesibukan kita nak mengajar anak berpuasa, usah lupa untuk pastikan mereka tidak meninggalkan rukun Islam yang ketiga iaitu solat. Yang paling utama adalah solat. Jika solat dijaga, InsyaAllah semua amal ibadah lain akan mudah dilakukan. 

Jadilah rolemodel buat anak-anak. Anak ibarat kain putih. Kita yang mencorakkan mereka.

Selamat beramal !!

Artikel menarik untuk anda:

Tips Untuk Anak Sukakan Sayur

Tips Untuk Anak Sukakan Sayur

Sayur merupakan makanan yang paling berkhasiat untuk tubuh badan kita. Selain itu, sayur-sayuran menjadi topik hangat dan sering dibicarakan, terutama dari segi…... Baca selanjutnya »

YouTube Kids untuk anak anda

YouTube Kids untuk anak anda

Pada zaman serba canggih, kepesatan teknologi memang tidak dapat dinafikan. Tidak kira peringkat umur sama ada yang muda mahupun yang tua. Dan…... Baca selanjutnya »

Cabaran Guru

Cabaran Guru

Tanggungjawab sebagai seorang pendidik memang tidak boleh disangkalkan. Mereka bukan sahaja mendidik, malahan menjaga anak kita daripada melakukan…... Baca selanjutnya »

MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

Keluarga merupakan orang paling hampir dan rapat dengan kita. Tanpa mereka, kita akan terasa sunyi. Dengan adanya keluarga, kehidupan kita …... Baca selanjutnya »

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan antara bulan yang paling ditunggu oleh umat Islam. Pada bulan ni lah kita berlumba-lumba untuk menambah amal ibadah seperti solat…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « Tarikh 16 MEI
Next Post: Hobi bercucuk tanam »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme