Sukan bola sepak merupakan satu sukan paling diminati bukan sahaja di Malaysia, malahan di serata dunia. Selain itu, sukan bola sepak juga ialah sukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Sukan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain.
Antara negara yang kerap mendominasi kedudukan tertinggi dunia ialah seperti Brazil, German, Italy, Sepanyol, Belgium dan Argentina. Kedudukan terkini sehingga Mac 2019, menunjukkan dua buah negara dari Eropah mendominasi kedudukan tempat pertama dan kedua. Pasukan bola sepak negara Malaysia pula di kedudukan 178. Berikut merupakan kedudukan FIFA 10 buah negara terbaik di dunia.
- Belgium
- Perancis
- Brazil
- Crotia
- England
- Portugal
- Uruguay
- Switzerland
- Spain
- Denmark
Di Malaysia, sukan bola sepak digilai oleh semua lapisan umur termasuklah kanak-kanak sehinggalah yang berumur. Tidak kira masa dan tempat, ibu sukan ini menjadi pilihan terutamanya kaum lelaki.
Selain itu, banyak kejohanan bola sepak di Malaysia yang diadakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mempunyai peminat tegar. Antaranya ialah Liga Super, Liga Perdana, Liga FAM, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, Pestabola Merdeka dan yang terbaru ialah Piala Airmarine.
AIRMARINE Malaysia (MALAYSIA) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat logistik terkemuka yang telah tampil ke hadapan untuk merancakkan saingan bola sepak membabitkan pasukan kebangsaan dengan memperkenalkan kejohanan Piala AIRMARINE.
Piala Airmarine merupakan kejohanan sulung pada tahun 2019 ini yang mengumpulkan empat buah negara iaitu Malaysia sebagai tuan rumah, Singapura, Oman dan Afghanistan. Kejohanan yang akan bermula pada 20 dan 23 Mac 2019 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Hari ini, sukan bola sepak mampu menjadikan kita bersatu terutamanya apabila pasukan bola sepak negara bertanding. Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan umur pasti akan berbondong-bondong ke stadium untuk memberi sokongan. Begitu juga di kedai-kedai makan akan berkumpul segerombolan manusia menunjukkan sokongan pada pasukan negara.
Secara kesimpulannya, tidak kira apa jenis sukan, sebagai rakyat Malaysia sokonglah dengan cara yang berhemah dan jaga nama baik Malaysia. Jangan disebabkan sukan, kita bermasam muka, berkelahi, dan bermusuhan. Sukan untuk menyatukan kita. Demi lencana di dada, kita perlulah menyokong pasukan negara. Kalah menang adat pertandingan. Jangan jadi macam lalang. Sokong ketika menang. Kutuk ketika kalah. Marilah kita ubah mindset ke arah lebih matang.
Maju sukan untuk negara Malaysia.
Leave a Reply