• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / ADUHAI JET LAG

ADUHAI JET LAG

4 April 2019 by izazaya Leave a Comment

Keseronokan bercuti atau travel membolehkan aku melihat keindahan negara lain di samping memberi pengalaman sekali gus melegakan tekanan.

Aku percaya travel adalah antara hobi paling digemari. Paling manis jika hobi kita itu dikongsi bersama dengan orang yang tersayang. Jadi anda sudah pasti akan berkunjung ke pelbagai lokasi menarik di seluruh dunia bersama-sama.

Antara perkara yang paling ketara aku rasa bila balik bercuti ialah letih, lemau atau bahasa mudahnya ‘jat leg’. Aku percaya ada juga yang mengalami masalah ini. Setiap individu mempunyai perasaan berbeza-beza.

APA ITU JET LAG?

Jet lag adalah keadaan keletihan yang menyebabkan gangguan pada saluran pencernaan, insomnia dan sakit kepala yang terjadi secara serentak. Ada juga yang menganggap jet lag sebagai gangguan ritma tidur selepas perjalanan jauh melintasi zon waktu dengan cepat.

Aku baru pulang dari bumi Eropah yang menelan masa lebih kurang 13 jam perjalanan. Waktu yang terlalu lama di dalam pesawat membuatkan aku letih kerana pergerakan terbatas.

Selain itu,  Jet Lag boleh menjadi masalah serius yang mengganggu aktiviti seharian korang. Bayangkan bila kita sampai ke destinasi pada pagi hari dan harus terus bekerja, padahal kita berangkat pada malam hari dan belum tidur sama sekali. Tubuh akan keletihan kerana belum tidur. 

Seriously, aku tak mampu nak fokus sepenuhnya untuk bekerja. Kalau buat juga kerja itu, confirm tak menjadi. So bagi aku better rehat sebentar untuk pastikan badan dan minda mampu menjana idea yang baik. 

PENYEBAB JET LAG

Ini antara penyebab berlakunya jet lag :

1) Walaupun flight yang aku naiki antara yang terbaik di dunia, namun mungkin sebab posisi duduk selama 13 jam membuatkan aku tidak selesa. Semua dalam keadaan duduk termasuklah tidur.

2) Udara di pesawat yang boleh menyebabkan sakit kepala. Biasanya keadaan ini aku alami apabila mula berlepas dan mendarat.

3) Makanan dan minuman yang tidak sesuai.

CARA MENGATASI JET LAG

1) Pastikan perut telah diisi dengan makanan dan minuman yang sesuai seperti roti, nasi dan air masak.

2) Lakukan sedikit senaman.

3) Menyediakan minyak angin atau balm.

4) Jangan makan ubat tidur.

Artikel menarik untuk anda:

Tidur Optimum

Tidur Optimum

Tidur!!Semua orang pasti menunggu saat tidur tatkala badan berasa letih dan tidak sihat. Tidur merupakan keadaan di mana…... Baca selanjutnya »

PUNCA KELETIHAN

PUNCA KELETIHAN

Kesibukan seharian mencari nafkah akan membuatkan anda berasa keletihan. Ditambah pula dengan tekanan tempat kerja serta desakan daripada big boss secara tak…... Baca selanjutnya »

Tips Berbelanja di Bazar Ramadan

Tips Berbelanja di Bazar Ramadan

Bazar Ramadan hanya datang sekali sahaja setahun. Tidak hairanlah bazar Ramadan akan menjadi tumpuan umum lapisan masyarakat, tidak kira orang Islam atau…... Baca selanjutnya »

MENGEMAS RUMAH

MENGEMAS RUMAH

Rumah yang kemas menjadi impian setiap orang. Ianya bukan sahaja membuatkan setiap penghuni berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « Aktiviti Pendidikan Seni Visual
Next Post: SEDAPNYA COKLAT »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme