• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cikgu Endang

  • Home
  • Cikgu Endang
  • Arkib Artikel
You are here: Home / Umum / 3 Hari 2 Malam di Nur Lembah Pangsun

3 Hari 2 Malam di Nur Lembah Pangsun

17 March 2019 by izazaya Leave a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jumaat 15/3/2019, aku dan beberapa ahli komplot menuju ke kawasan kampung yang terletak di Hulu Langat. Sepanjang perjalanan ke sana, aku melihat suasana kampung yang sungguh indah nan permai.

Perasaan excited mula timbul melihat keindahan sungai yang jernih apabila melalui kawasan Hulu Langat. Sedang asyik mengambil gambar, telefon bimbitku berbunyi dan aku terus menjawab panggilan itu. Coverage yang tidak lancar membataskan sedikit perbualan aku itu.

Hari Pertama

Usai menguruskan barang dan tempat penginapan, kami berkumpul untuk sesi pengenalan bersama sifu online. Beliau sudah hampir 20 tahun dan mempunyai pengetahuan luas di platform online. Beliau akan menjadi tenaga pengajar kami selama 3 hari di sini nanti.

Kelas

Melalui sesi kenal tadi, sifu menyelitkan serba sedikit pengenalan dalam dunia blogger. Kami dikerah untuk berfikir dengan lebih mendalam supaya penulisan tampak bermanfaat dan bernas.

Antara inti pati yang aku perolehi dihari pertama adalah berkaitan teknik untuk menjana idea. Teknik ini boleh diaplikasi dengan cara membuat rakaman audio dan penulisan dengan hanya menggunakan telefon pintar anda.

Sungai di Nur Lembah Pangsun

Hari Kedua

Keesokkannya, pembelajaran semakin sukar memandangkan ini pengalaman baharu aku. Aku dan kawan-kawan diajar cara penulisan di bidang online seperti facebook dan blogger. Apa yang perlu dan tidak perlu di tulis di platform online ini.

Suasana kelas yang berhawa dingin sedikit membuatkan aku mengantuk. Mungkin terlalu banyak perkara baharu yang nak dihadam dalam kelas ini. Dicampur pula dengan keadaan penginapan yang sedikit hambar, mengimbau kenangan di asrama sekolah 15 tahun lepas.

Di samping itu, aku didedahkan untuk bekerja secara berkumpulan. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk bersama menjana idea. Aku sangat bertuah kerana dikelilingi ahli kumpulan yang sangat bersemangat. Mungkin aku seorang sahaja lelaki dalam kumpulan itu.

Hari Ketiga

Disebabkan aktiviti malam kedua yang terlalu padat, kami semua tidak mengikuti senaman pagi yang di ketuai oleh Pak Long. Gurau senda Pak Long semasa bersenam di hari pertama, membuatkan kami geli hati dengan unsur kecindan beliau.

Sebelum memulakan aktiviti, kami bersarapan sementara menunggu rakan-rakan yang sedang bersiap. Kami dihidangkan dengan nasi lemak dan milo panas. Sambalnya sangat padu dan pedas membuatkan peluh jantanku keluar menitis.

Gambar Hiasan

Aktiviti kami pada pagi ini sedikit mendukacitakan. Akses internet yang sangat terhad membataskan kami untuk membuat aktiviti praktikal. Kami sepakat untuk menukar vanue aktiviti ke kubu keramat kami iaitu di Bandar Sri Permaisuri.

Keadaan yang lebih selesa dengan kemudahan seperti penghawa dingin dan akses internet yang laju, membuatkan kami lebih mudah untuk hadam ilmu yang diajar.

Maka, tertulislah entri ini sewaktu aku dan rakan-rakan bersyukur atas nikmat akses internet yang laju. Secara tak langsung, bercurah-curah idea dalam penulisan aku ini.

Sekian, terima kasih.

Artikel menarik untuk anda:

Pengalaman Hari Raya

Pengalaman Hari Raya

Setiap orang mempunyai pengalaman berhari raya sama ada di desa mahupun di bandar. Jika orang yang berkahwin, konsep giliran pasti digunakan sekiranya…... Baca selanjutnya »

KISAH IMPIAN

KISAH IMPIAN

Membina impian atau matlamat tidak sesusah untuk mencapainya. Tetapi ianya menuntut aku untuk lebih gigih dan semangat waja apabila kehidupan mula dijerat…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « Hello world!
Next Post: KISAH IMPIAN »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Pengalaman Hari Raya
  • Raya Dulu dan Sekarang
  • Pulang Ke Kampung
  • Persiapan Raya
  • Lemang

Recent Comments

  • Alpetito on Mari Belajar Bahasa Melayu
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • izazaya on MENGEMAS RUMAH
  • mysutori on MENGEMAS RUMAH
  • Alpetito on MENGEMAS RUMAH

Archives

  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cikgu Endang on the Foodie Pro Theme